Tuesday, July 7, 2009

Pelan Pembangunan Karier

PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

1.FALSAFAH PENGAJARAN SAYA SEBAGAI PENDIDIK ANAK BANGSA

FALSAFAH 1:

Mendidik anak bangsa agar menjadi manusia yang cukup bermanfaat apabila menamatkan pengajian.

FALSAFAH 2:

Melahirkan anak didik bangsa yang berupaya berfikir di luar kotak dan berfokus pada masa hadapan

2.MATLAMAT HIDUP SAYA SEBAGAI PENDIDIK

MATLAMAT 1:

Saya akan berusaha untuk memantapkan ilmu pengetahuan dan mempertajamkan lagi kemahiran seseorang pelajar khususnya dalam bidang Bahasa Melayu supaya mereka sentiasa peka dengan bidang keilmuan dan kemahiran terkini dalam melahirkan bakal guru yang penuh dengan nilai kebitaraan dan berintegriti tiggi serta bernilai.

MATLAMAT 2:

Setelah menamatkan pengajian di peringkat ijazah tinggi dalam masa terdekat, saya ingin memajukan diri dalam bidang penulisan kerana saya ingin menghasilkan satu kejayaan yang bernilai untuk diperolehi oleh anak bangsa dalam bidang Bahasa Melayu di samping memajukan diri dengan menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi (PHD)


3. KOMITMEN PENGAJARAN SAYA SEBAGAI GURU BAHASA

KOMITMEN 1:
Bertindak sebagai penjaga amanah gedung keilmuan yang bertindak untuk memperkayakan diri dengan ilmu yang berguna.

KOMITMEN 2:
Menyalurkan idea-idea bernas dan ilmu yang baik khususnya kepada pelajar, masyarakat dan negara

KOMITMEN 3:
Berupaya untuk mencorak, mengemudi dan memandu anak didik dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi mencapai matlamat kecemerlangan diri dan institusi.

KOMITMEN 4:
Melakukan penambahbaikan kecekapan dan kejituan ilmu atau perkongsian ilmu dan mutu penyampaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

KOMITMEN 5:
Peka kepada persekitaran yang sentiasa mengalami perubahan yang drastik terutama dalam pengilmuan Bahasa Melayu.

4.OBJEKTIF MENCAPAI MATLAMAT.
Bagi mencapai matlamat ini, saya akan berusaha untuk:

• Menjaga hak dan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar
• Menitik beratkan kemahiran insaniah (KI) yang semestinya di pupuk dalam setiap diri anak didik di samping membentuk teras pembudayaan warga universiti.
• Menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bertepatan dengan Learning Outcomes (LO)

No comments:

Post a Comment